6 Tips Jika Ditinggalkan Kekasih.

 

Bukan semua ikatan percintaan itu berakhir dengan perkahwinan. Ada cinta yang putus di tengah jalan. Sudah semestinya jika putus cinta, anda akan terasa sedih dan pilu. Maklumlah, si dia yang dicintai memutuskan hubungan dengan pelbagai alasan. Bercinta Selepas Nikah berikan 6 tip untuk anda yang melalui situasi ini.



1. Hadapi kenyataan.

Hati akan lebih tenang jika kita dapat menerima segala apa yang berlaku dalam hidup ini. Redalah dengan situasi putus cinta. Bak kata pepatah, kumbang bukan seekor, bunga bukan sekuntum. Pasti ada cinta lain untuk anda. Malah mungkin lebih baik daripada yang sebelumnya.

2. Luahkan rasa hati.

Perasaan yang terpendam di hati perlu diluahkan. Jangan simpan seorang diri. Bertemulah dengan kawan baik anda. Ceritakan isi hati anda. Pasti kawan baik akan memberikan anda dorongan untuk meneruskan hidup.



3. Sibukkan diri.

Ajak kawan baik anda keluar bersiar-siar atau sekadar minum kopi di kedai mamak. Sibukkan diri anda dengan melakukan aktiviti bersama kawan baik. Atau boleh juga anda sibukkan diri dengan melakukan rutin kerja yang tertangguh.

4. Cipta hobi baru.

Hobi baru boleh dicipta untuk memenuhi masa lapang. Misalnya jika selama ini anda kurang suka bermain game di telefon bimbit, cuba muat turun satu permainan. Dari situ anda boleh agak leka dan lupa masalah yang ada. Boleh juga cari hobi yang lebih bermanfaat misalnya membuat kek. Mungkin lepas ini anda boleh jadi usahawan kecil-kecilan pula.



5. Jangan bersendirian.

Perkara paling penting apabila anda putus cinta dan bersedih, usahlah bersendirian. Apabila bersendirian anda akan jadi lebih sedih kerana mudah mengenang kenangan bersama si dia. Cari kawan dan berseronoklah.

6. Berdoa.

Setiap hari, ada lima kali kita perlu bersendirian iaitu waktu solat. Kala ini kita kelihatan seperti bersendirian namun sebenarnya kita sedang berdepan dengan Yang Maha Esa. Kala ini kuatkan hati dan berdoalah kepada-NYA supaya hati anda mudah melupakan segala kesedihan.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 471,593 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen