4 Alasan Tinggalkan Si Dia, Jika...

 

Sebelum membuat keputusan untuk berkahwin, banyak hal yang perlu diambil kira. Jika banyak benda yang membuatkan anda berasa kurang senang, eloklah tinggalkan sahaja si dia. Lebih-lebih lagi jika berkaitan agama dan tanggungjawab. Beberapa alasan untuk meninggalkan si dia ialah:



1) Agama.

Jika si dia kelihatan amat liat untuk menunaikan ibadat wajib seperti solat dan puasa, ini alasan kukuh untuk anda tinggalkan dia. Usahlah menaruh harapan tinggi kepada orang yang tidak solat. Jika dengan ALLAH pun dia berani menidakkan tanggungjawabnya sebagai hamba, apatah lagi dengan manusia seperti anda. Sebelum anda kecewa, baik angkat kaki.

2) Tanggungjawab.

Kalau nampak dia amat meringankan tanggungjawab sebagai seorang manusia, tidak mustahil dia akan meringankan tanggungjawabnya kepada anda selepas berkahwin nanti. Misalnya dia suka ponteng kerja, ambil ringan tanggungjawab terhadap kerja, kurang tanggungjawab membayar bil elektrik hingga perkhidmatan dipotong. Ini semua nampak remeh namun kesannya amat tinggi apabila berumahtangga nanti.



3) Pemalas.

Jika dia kelihatan pemalas dan asyik mahu berehat, baik tinggalkan sahaja si dia. Orang yang pemalas amat susah untuk diletakkan harapan. Mereka tiada daya usaha untuk memajukan diri. Justeru, tidak mustahil nanti hanya anda yang berusaha mengukuhkan ekonomi rumahtangga sedangkan si dia hanya berehat tanpa usaha.

4) Kasar.

Jika dia bersikap kasar, tolong tinggalkan dia. Orang sebegini susah untuk dibawa berbincang kerana mudah panas baran dan tidak hormat orang tua. Bagaimana mahu hidup bahagia jika begini? Justeru sebelum anda menyesal, eloklah tinggalkan si dia.

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,253 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen