6 Fakta Ini Bantu Wanita Untuk Fahami Lelaki.

 

Dalam sesuatu perhubungan kita sering meletak setinggi harapan agar pasangan menjadi seperti mana yang kita ingini. Hakikatnya tidak yang kita fikirkan. Lalu wanita beranggapan, lelaki terlalu sukar untuk difahami. Sejauh mana kebenarannya? Mungkin fakta berikut boleh membantu anda untuk lebih memahami pasangan.



1. Jangan paksa lelaki.

Sikap semula jadi lelaki tidak suka dipaksa. Mereka akan bercakap apabila ditanya.Sebaliknya kebanyakan wanita suka mendesak, memaksa dan menyelidik. Cara begitu sebenarnya tidak menguntungkan. Semakin didesak,semakin lelaki akan membisu dan berhelah. Cara terbaik ialah membaca bahasa badan, matanya atau perubahan tingkah lakunya. Jika terdapat perubahan mendadak, pasti ada sesuatu yang tidak kena atau si dia sedang bermasalah.

2. Lelaki gemar berahsia.

Wanita mudah bercerita tentang masalah yang dihadapinya atau apa sahaja yang dirasai dengan wanita lain. Sebaliknya, tidak bagi lelaki. Malah untuk melakukannya, memerlukan kekuatan dan keberanian yang maksimum, walaupun untuk bercerita dengan teman lelakinya yang rapat.



3. Lelaki tidak kompleks.

Ramai wanita yang tidak puas hati jika pasangan membiarkan dia sendirian melakukan kerja-kerja rumah. Sedangkanmereka sama-sama penat bekerja. Ini bukan bererti pasangan anda seorang yang konservatif atau sememangnya lelaki ini kompleks. Sebenarnya kehendak lelaki adalah mudah. Dia bukan tidak mahu menolong. Katakanlah berterus-terang jika anda ingin meminta pertolongan. Pasti dia akan menerima dengan tangan terbuka.

4. Lelaki tidak suka tekanan.

Lelaki perlukan keselesaan perasaan dan tidak suka tekanan. Apalagi jika tekanan itu datang daripada pasangan. Jadi bagi wanita jika mempunyai perasaan sangsi terhadap pasangan, jangan terlalu ditonjolkan. Belajar membendung dan atasinya secara senyap.



5. Lelaki dan ego.

Biasanya lelaki mempamerkan keegoannya pada dua masa, dipejabat dan dirumah. Tidak dinafikan, ramai wanita yang merasa bosan menghadapi lelaki yang ego begini. Tetapi tidak ada ruginya jiak anda mengalah dan mempertingkatkan keegoannya kerana apabila dia merasa senang, semua orang di sekelilingnya akan mendapat faedah, terutamanya orang yang dicintai.

6. Lelaki suka membisu.

Wanita berkebolehan untuk bercakap tentang sesuatu perkara yang sensitif atau meluahkan masalahnya atau apa jua yang dirasai. Selagi masalah itu tidak selesai, wanita akan terus bercerita. Namun tidak bagi lelaki. Biasanya semakin berat masalah yang ditanggung, semakin dia akan membisu. Sama ada dia tidak mahu menyusahkan pasangan atau mungkin dia memang tidak pandai untuk meluahkannya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 472,711 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen