Aku Bahagia Melihat Dia Bahagia Dengan Orang Yang Dia Sayang.

 

Assalamualaikum..

"Awak terlalu baik untuk saya".

Itulah alasan dia beri pada aku, kadang tak masuk akal. Itu yang aku hadapi dan aku tahu itu adalah alasan semata-mata. Aku cukup jaga pergaulan agar timbul fitnah. Aku cuba terbaik untuk dia, kerana aku memang serious dengan dia untuk di jadikan bakal isteri.



Tetapi dengan alasan itulah dia tinggalkan aku dan aku dapat tahu dia berkahwin dengan kawan baik aku sendiri.

Hati memang hancur, luluh bagaikan di siat-siat ketika itu. Memang betul, kalau perempuan itu dah tak nak dengan kau dia akan bagi alasan yang macam-macam dan kadang kala tak masuk akal. Paling sedih apabila dia sendiri burukkan aku dengan keluarga dia.

Tapi aku tidaklah salah dia, kerana ini adalah takdirku. Allah jumpakan dia untuk aku didik hati jangan mudah bersandarkan cinta manusia semata tetapi berikan cinta itu kerana Allah. Mungkin Allah tak nak aku persiakan hidupku dengan orang yang akan sakiti aku kelak. Bayangkan kalau aku kawin dengan dia dan masa sama dia ada lelaki lain, ya Allah nauzubillah.

Paling penting Allah inilah ujian Allah untuk aku dekatkan diri ini kepada Allah. Sakit itu memang sakit tetapi siapalah kita untuk lebih mencintai lebih dari Maha Pecipta.



Allah tak pernah persiakan hanyalah dia sebagai persinggahan untuk kenali erti cinta manusia.

Hatiku belajar menangani rasa sakit hati, kehilangan dan kerinduan. Ianya boleh mengubat rasa rindu dan kekosongan dengan zikir.

Kali ini aku terserempak dengan dia, bahagianya bersama anak-anak dan suaminya.

Hati ini memang sakit, sakit teramat, dia bahagia sedangkan masih mengumpul kekuatan untuk pulih luka lama.

Tetapi tidaklah ku berdendam benda yang dah lama berlaku. Ya rabb bahagiakanlah mereka hingga jannah. Kuatkan cinta mereka dan redhailah mereka.

Aku bahagia melihat dia bahagia dengan orang yang dia sayang.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 413,523 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen