Tanggungjawab Selepas Aku Terima Nikahnya.

 

Asaalamualaikum..

Alhamdulillah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmatnya. Marilah berselawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. Ramai yang membicara tentang soal kawin, lagi-lagi remaja kita yang terlalu terikut untuk kawin muda di awal usia 18 tahun. Memang tak salah nak kawin muda, acik sokong janji kamu tahu tanggungjawab dan tidaklah hanya semata-mata kerana nafsu.



Orang dulu memang kawin awal tetapi di usia muda itu mereka dah memikul tanggungjawab yang besar untuk menyara keluarga dan hidup berdikari. Tetapi remaja zaman sekarang umur 18 tahun masih lagi minta duit belanja dengan ibu bapa guane tu?

Ingatlah bahawa apabila kamu bernikah nanti, apabila kamu melafazkan akad nikah bahawa,

"Aku terima nikahnya si fulanah binti si fulan dengan mas kahwinnya RM...."

Memang mana tu fuh lega, seksa untuk akad nikah dah lepas tapi tahukah kamu bahawa itu hanyalah yang tersurat. Tetapi apa pula yang tersirat ??



Yang tersirat ialah :

"Aku tanggung dosa-dosa si fulanah ini dari ibubapanya, apa saja dosa yang dia buat, aku tanggung dan bukan lagi ibu bapanya tanggung dan aku tanggung dosa bakal anak-anak aku. Akulah orang yang bertanggungjawab dalam memberinya nafkah zahir dan batin, memberinya ilmu dunia Akhirat dan juga bertanggungjawab memegang tanganya bersama-sama berlari bertemuMu Tuhan. Aku juga sedar, sekiranya aku gagal dan aku lepas tangan dalam menunaikan tanggungjawab, maka aku fasik, suami yang dayus dan aku tahu bahawa nerakalah tempatku kerana akhirnya isteri dan anak-anakku yang akan menarik aku masuk kedalam Neraka Jahanam.. dan Malaikat Malik akan melibas aku hingga pecah hancur badanku. Akad nikah ini bukan sahaja perjanjian aku dengan si isteri dan si ibubapa isteri, tetapi ini adalah perjanjian terus kepada Allah S.W.T "

Acik bukan mahu menakut-nakutkan kamu tetapi itulah realiti yang perlu kamu hadapi wahai kaumku. Tanggungjawab kita sebenarnya besar, sebenar dan sesusah bagaimana kita ingin berkahwin. Tetapi jangan cepat gelabah dan marah-marah setiap apa yang Allah syaratkan itu ada kemanisan hikmah yang kita tak ketahui.



Jadi jika sudah berkahwin laksanakanlah tanggungjawab yang besar tersebut dan yang mahu nak berkahwin. Baiki diri mana yang kurang, jadilah lelaki yang baik dan soleh bukan hanya untuk kita tetapi untuk anak dan isteri kita.

Kepada kamu yang masih muda mahu berkahwin dan berkemampuan tetapi risau untuk kahwin kerana takut nanti hidup susah. Percayalah pada ALLAH.

"Dan nikahkanlah orang-orang yang sendirian di antara kamu, dan orang-orang yang layak (menikah) dari hamba sahayamu yang lelaki dan hamba-hamba sahayamu yang perempuan. Jika mereka miskin Allah akan memberi rezeki kepada mereka dengan kurnia-Nya. Dan Allah Maha Luas (pemberian-Nya) dan Maha Mengetahui."
(Surah An-Nur : 32).

Setiap apa yang Allah jadikan ada sebabnya kenapa dan mengapa. Janganlah berlandaskan nafsu maka cintalah kerana Maha Pencipta.

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir." (Surah Ar-Ruum : 21).

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 474,668 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen