Perancangan Manusia Itu Usaha, Perancangan Allah Itu Takdir.

 

Assalamualaikum..

Alhamdulillah masih lagi bernafas di muka bumi Allah ini, ucapkan syukur atas nikmat yang di berikan kepada kita. Marilah berselawat keatas junjungan besar Nabi Muhammad saw. Hari ini acik ingin berkongsi satu pekara kepada kamu semua. Ye semua orang ingin bersama dengan orang yang di sayang, yang orang dia cintai, kalau boleh ingin bersama hingga ke hujung nyawa. Tetapi langit itu tak selalu cerah dan ujian mendatang bagi kita menghargai sebuah kehidupan. Ini adalah coretan kisah benar yang berlaku di depan mataku.



Diceritakan sepasang kekasih ini saling mencintai, mereka bertemu, berkenalan dan hinggalah jatuh cinta. Cinta yang di bina atas dasar kasih sayang dua insan yang bercinta. Orang kata mereka seperti couple of the year lah. Memang sama cantik dan sama padan. Mereka menjaga perhubungan, mereka saling memahami dan bertolak ansur dalam perhubungannya.

Mereka telah merancang perkahwinan untuk membina istana bahagia bagaikan cinta si romeo dan juliet. Jika ditanya pada wanita tersebut, siapakah orang yang paling di sayangi di dunia ini? Tentulah jawapan "aku cinta dia seorang sahaja di dunia ini. Tetapi cinta mereka tidak di restu keluarganya, mereka merancang untuk berkahwin tetapi mereka masih lagi belajar. Mereka merasakan cinta mereka agung dan perlu di bela. Suatu hari lelaki itu bersuara, katanya biarlah "saya buat istikarah untuk meminta petunjuk dari Allah"



Lelaki itu katakan kepadaku, kenapa setiap kali aku memikir tentang dia, fikiran aku serabut? tetapi si lelaki diamkan dan tidak mahu melukakan kekasih hatinya. Sepanjang percintaaan mereka terlena dek kerana cinta, mereka merasakan dunia ini tidak adil kerana menghalang cinta mereka. Cabaran dan dugaan yang berliku di lalui juga walaupun apa jua keadaan. Susah payah mereka bersama. Tetapi siapalah kita untuk mencabar ketentuanNya. Kerana hal yang kecil dan salah faham sedikit berlaku mereka berpisah.

Dan kini aku mendapat tahu bahawa mereka telah pun berkahwin tetapi bukan dengan orang yang sama. Ianya adalah orang yang berbeza. Acik mahu kongsikan kepada semua ini untuk kamu berfikir, kita harus percaya pada ketentuan Allah, takdir Allah. Kita mampu merancang hidup kita setinggi gunung dan seindah mahligai tetapi andai Allah kata dia bukan jodoh kita maka bukanlah. Tetapi jika berlarilah ke hujung dunia sekali pun tetapi jika Allah kata dia adalah jodoh kita maka memang jodoh kita. Jangan takut, Allah tahu yang terbaik untuk kita.

Maka cintailah seseorang itu kerana Allah maka Allah akan pelihara cinta mereka. Kita sebagai manusia perlu menjaga setiap tutur kata kita terutama hati kita. Cinta kerana manusia akan layu dan hilang dengan kepergiaannya. Tetapi cinta kerana Allah maka akan terus bersinar. Jangan takut kehilangan dia tetapi takutlah untuk kehilangan cintaNya.



Dari Abil Abbas Abdullah bin Abbas dia berkata :

"Dahulu aku pernah berada di belakang Rasulullah, lalu beliau bersabda : "Wahai anak kecil sesungguhnya aku ingin mengajarimu beberapa kata, jagalah Allah, maka pasti Allah menjagamu, jagalah Allah pasti kau akan menjumpai-Nya dihadapanmu. Apabila engkau meminta maka mintalah kepada Allah dan jika engkau meminta pertolongan maka mintalah pertolongan kepada Allah. Ketahuilah, seandainya suatu umat berkumpul untuk memberikan manfaat kepadamu maka mereka tidak dapat memberi manfaat tersebut kecuali yang telah ditakdirkan Allah untukmu dan apabila mereka berkumpul untuk memudaratkanmu maka mereka tidak dapat memudharatkanmu kecuali dengan apa-apa yang ditakdirkan oleh Allah atasmu, telah di angkat pena dan telah kering tinta" (HR. Tirmidzi, dan dia berkata hadits hasan sahih).

Di dalam riwayat selain Tirmidzi : "Jagalah Allah maka engkau akan mendapatkan-Nya dihadapanmu, kenalilah Allah di kala senang maka Dia akan mengenalmu di kala susah. Ketahuilah sesungguhnya apa yang tidak menimpamu maka dia tidak akan menimpamu dan apa yang akan menimpamu pasti dia akan menimpamu (tidak akan meleset). Dan ketahuilah bahawa kemenangan bersama kesabaran, kelapangan bersama kesempitan dan setelah kesulitan pasti ada kemudahan."

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 391,470 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen