Kita Harus Melepaskan Cinta & Memilih Cinta.

 

Assalamualaikum..

Hari demi hari kita jalani kehidupan ini dengan senyuman, masalah, ujian dan cinta. Siapalah kita untuk menidakkan takdir. Orang lain tidak akan faham dan mengerti apa yang kita rasa dan apa yang kita lalui. Hanya Dia yang mengetahui seluruh isi hati kita. Satu ketika kita yakin bahawa dialah jodoh yang tepat pada masa dan keadaan itu. Sehingga kita sanggup buat sahaja untuk dapatkan apa yang kita suka dan cinta. Tanpa diduga bila kita rasa cinta sudah di miliki. Ianya seolah hilang dek di bawa bayu. Adakah kita terlalu obses untuk mengejar apa yang kita ingini? Bila sudah dapat kita hilangkan kemanisan rasa hati. Semua orang kata bahawa tak semua yang kita mahukan akan kita dapatkan, maka hargai setiap yang apa yang ada dalam hidup kita agar kita rasa hidup kita terpenuhi impian dan harapan.



Kita memang sebolehnya mengejarkan apa yang kita ingini. Apa yang kita cintai, ada satu saat kita terpaksa lepaskan apa yang kita suka, apa yang kita cintai. Melepaskan itu bukan buatkan kita sengsara dan sakit. Sebenarnya ianya buatkan kita tabah dan menerima takdirnya. Ingatlah sakiti kerana cinta itu adalah ujian, memiliki cinta itu juga ujian. Berkahwin dengan orang kita cinta itu juga ujian untuk kita. Mengejar cinta itu juga ujian. Ianya bergantung kepada kita bagaimana kita menjalaninya. Jadilah diri kita sendiri dalam mencintai dan di cintai. Di saat kita mempunyai peluang untuk memilih, maka pilihlah dengan hati yang redha kerana Allah bukan kerana terpaksa dan tamaknya membuat pilihan. Di kala kita di pilih maka terima dengan hati terbuka. Jika tidak mahu cinta tersebut maka tolaklah dengan cara yang baik.

Dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w., sabdanya:
“Ada tiga perkara, barangsiapa yang tiga perkara itu ada di dalam diri seseorang, maka orang itu dapat merasakan manisnya keimanan iaitu: jikalau Allah dan RasulNya lebih dicintai olehnya daripada yang selain keduanya, jikalau seseorang itu mencintai orang lain dan tidak ada sebab kecintaannya itu melainkan kerana Allah, dan jikalau seseorang itu membenci untuk kembali kepada kekafiran setelah diselamatkan oleh Allah dari kekafiran itu, sebagaimana bencinya kalau dilemparkan ke dalam api neraka.”
(Muttafaq ‘alaih)

Dari Abu Hurairah r.a. pula, katanya: Rasulullah s.a.w. bersabda:
“Sesungguhnya Allah Ta’ala berfirman pada hari kiamat: “Manakah orang-orang yang saling cinta-mencintai kerana keagunganKu? Pada hari ini mereka itu akan saya beri naungan pada hari tiada naungan melainkan naunganKu sendiri.” (Riwayat Muslim)

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 398,249 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen