Biarlah Jodoh Datang Lambat, Asalkan Nanti Datang Calon Yang Terbaik.

 

Saya ada seorang adik ipar bongsu. Dia saja perempuan dalam family suami. Pendiam peramah manja, semua ada padanya. Bercinta? Langsung tak pernah menujukkan aura dia nak bercinta. Satu haritu saya masih pregnant anak sulung. Mak mertua bising kat dapur. Membebel kerana mulut orang kata anak bungsu dia umpama bunga taik ayam. Tak pernah lelaki nak pandang. Adik ipar jenis slow je. Dia diam. Sabar.



Suatu hari tu ada seorang lelaki ni datang. Baju lusuh, tua busuk. Macam salah rumah. Kami bawa dia masuk rumah. Katanya tunggu anak dia datang ambik. Hp tak ada. Mak mertua masa tu ingat dia penyamun. Tapi si adik ipar ni tetap layan dia elok. Masak makan. Cari baju pak mertua yang lama tapi elok lagi bagi pakcik tu. Kami jadi risau sebab pakcik tu tak putus mata pandang adik ipar. Pak mertua datang dia cakap nak hantar pakcik tu balik. Dia kata hantar kat tempat bas. Nanti dia balik sendiri. Bapak mertua bagi duit yang ada kat dompet dalam rm20 pakai dia tambang.



Lama lepas tu..ada dalam dua bulan kot..lupa. Pakcik tu datang lagi rumah. Katanya nak pulangkan rm20 tu. Bapak mertua tolak..iklas katanya. Lepas tu dia kata kerana termakan budi, dia nak kahwinkan anak tunggal dia dengan adik ipar. Mak dgn bapak mertua tolak baik masa tu. Tapi adik ipar cakap dia terima. Masa tu mungkin dia tertekan dengan cakap orang kampung kot. Adik ipar tak cantik mana pun. Gempal, berjerawat dan tak secerah kulit idaman lelaki. Nak tak nak mak bapak mertua terima la keputusan dia. Pakcik tu cakap, urusan kawin jangan risau dia yang akan usahakan. Cuma sediakan halaman rumah bagi lapang. Tebas mana rumput bagi luas je. Kami masa tu diam je la. Mungkin dia bergurau ke sekadar cakap mulut ke. Sebulan lepas tu pakcik tu call, katanya lembu dua ekor nak datang. Seminggu nanti kahwin. Bapak ikut je la. Kami siap bagi lembu makan. Selfie dgn lembu apa bagai. Adik diam je macam takde perasaan. Suka ke geram ke marah ke..semua tak nampak.

Masa nak kahwin, aku dengan beradik suami punyalah berdebar. Siapalah kawin dengan adik ni. Elok ke orangnya. Penagih dadah ke, eh semualah yang tak elok muncul dalam otak. Si adik? Masih relax takde perasaan. Pengantin datang. Nak tak nak terima je la. Orangnya gelap. Pendek, dan takde ciri2 idaman wanita. Tapi bila pandang balik si adik ipar, kami rela. Majlis tu seakan lama bagi kami. Lepas je mereka kawin, adik tinggal dengan keluarga suami dia.



Satu hari mak tak ada selera makan. Kami call adik minta alamat. Mak nak datang makan dengan adik. Kami pusing sampai pening cari alamat tu. Dah jumpa tapi kami rasa salah rumah. Adik keluar tunggu kat jalan. Memang betol rumah tu yang kami rasa salah tadi. Kami masuk rasa selesa betol rumah besar tu. Ada 4 orang gaji. Mak mertua dia layan adik baik sangat. Adik cantik dah. Mak mertua bawa dia rawatan muka yang berjerawat, senaman. Semualah. Rupanya adik dah lulus ujian mak mertua dia selepas kawin. Mak mertua dia sewakan satu rumah usang, lepas kawin mereka tinggal situ. Adik layan mertua dia dengan suami sama adil. Masak pakai kayu api bagai. Bila dah lulus semua tu baru diorg pindah rumah sebenar. Mak menangis tengok kebahagiaan adik. Tak sangka jodoh yang Tuhan carikan lebih indah. Oleh itu mana2 andartu..jangan risau jodoh anda.

Biarlah orang nak mengata. Biarkan jodoh lambat asalkan yang datang nanti adalah calon terbaik.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 464,709 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen