Pertarungan Seorang Yang Bergelar Isteri: Apabila Isteri Lebih Kaya Dari Suami.

 

Isteri yang kaya, banyak harta akan teruji bila dapat suami yang miskin. Bukan sahaja nafkah tidak dapat diberi, bahkan suami pula menggunakan hartanya untuk menampung keperluan rumahtangga. Susahlah untuk merasa bersandar hidup dengan suami dan rasa memerlukan. Maka, jangan dilayan desakan nafsu untuk tidak mentaati dan melayan suami. Kelak TERSENARAILAH KITA sebagai isteri yang DERHAKA. Isteri yang beriman tidak berbangga dengan kekayan yang dimilikinya tetapi dia rasa bersyukur kerana dapat menyerahkan harta yang ada kepada suami untuk dimanfaatkan. Sepertimana yang pernah berlaku kepada Siti Khadijah yang menyerahkan kesemua hartanya kepada Rasulullah SAW untuk digunakan bagi memperjuangkan Islam.



Mengorbankan harta untuk suami itu suatu yang patut dilakukan di dalam menyenangkan dan membantu perjuangan suami.Alangkah malangnya jika kita berbangga dengan harta yang ada sehingga menjejaskan hubungan dengan suami.Sepatutnya ia digunakan untuk memperhalusi layanan terhadap suami. Ingatlah bahawa jika suami kita itu tidak sudi mengambil kita untuk menjadi isterinya, nescaya segala harta dan apa jua keistimewaan yang ada pada kita tidak akan ada ertinya.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 473,362 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen