Hak Isteri Dalam Perkahwinan: Hak Bekerja.

 

Bekerja merupakan suatu yang telah disyariatkan islam untuk memenuhi keperluan hidup seharian seperti makan, minum, pakai, tempat tinggal dan untuk memberi nafkah bagi orang yang dibawah tanggungannya. Dalam konteks wanita bekerja menurut islam, hukum asal baginya adalah tidak perlu keluar untuk bekerja, ini adalah kerana nafkahnya akan ditanggung oleh suami bagi yang telah berumahtangga, manakala yang tidak berkahwin akan ditanggung oleh bapa atau wali dibawahnya. Ini merupakan satu anugerah besar yang diberikan dalam Islam untuk kaum wanita dimana mereka tidak perlu bersusah payah, bertungkus lumus memcari rezki untuk orang lain. Akan tetapi di sana terdapat beberapa situasi yang membenarkan wanita untuk keluar bekerja, antaranya jika keadaan terdesak yang memerlukan mereka keluar sepertimana yang berlaku ke atas kedua anak perempuan Nabi Allah syuaib a.s. Firman Allah:

وَلَمَّا وَرَدَ مَاءَ مَدْيَنَ وَجَدَ عَلَيْهِ أُمَّةً مِنَ النَّاسِ يَسْقُونَ وَوَجَدَ مِنْ دُونِهِمُ امْرَأَتَيْنِ تَذُودَانِ ۖ قَالَ مَا خَطْبُكُمَا ۖ قَالَتَا لَا نَسْقِي حَتَّىٰ يُصْدِرَ الرِّعَاءُ ۖ وَأَبُونَا شَيْخٌ كَبِيرٌ﴿٢٣﴾ فَسَقَىٰ لَهُمَا ثُمَّ تَوَلَّىٰ إِلَى الظِّلِّ فَقَالَ رَبِّ إِنِّي لِمَا أَنْزَلْتَ إِلَيَّ مِنْ خَيْرٍ فَقِيرٌ

Ertinya: “dan tatkala ia sampai di sumber air negeri madya ia menjumpai di sana sekumpulan orang yang sedang meminumkan ternaknya, dan ia menjumpai di belakang orang banyak itu dua orang wanita yang sedang menghambat ternakannya. Musa berkata: “apakah maksudmu dengan berbuat begit?”kedua wanita itu menjawab: “kami tidak dapat meminumkan ternakan kami sebelum pengembala-pengembala itu memulangkan ternaknya sedangkan bapa kami adalah orang tua yang lanjut umurnya”. Maka Musa memberi minnum ternak itu untuk menolong mereka berdua, kemudian dia kembali di tempat yang teduh lalu berdoa: “ya Ttuhankusesungguhnya aku sangat memerlukan suatu kebaikan yang Engkau turunkan padaku”. (al-Qasas: 23-24)

Menurut Imam al-Alusi di dalam tafsirnya, ayat berikut menjelaskan bahawa Nabi Syu’aib telah mengizinkan kedua anak perempuannya keluar dari rumah untuk memberi minuman pada ternakan mereka memandangkan keadaan bapa mereka dalam keuzuran dan atas sebab daruratlah Nabi Syu’aib mengizinkannya.(al-Aluusi.59-60) Begitu juga dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari mengenai Asma’ binti Abu Bakar yang membantu suaminya, Zubair bin Awwam dalam menguruskan segala kerja suaminya seperti mengurus kudanya, menumbuk biji-bijian untuk dimasak, dan membawa biji-bijian di atas kepalanya dari kebun yang terletak jauh dari rumahnya. Jika dinilai kisah Asmak binti Abu Bakar ini dimana beliau membawa hasil tanaman jauh dari rumahnya dan perlakuan beliau dilihat sendiri oleh Rasulullah s.a.w dan baginda tidak berkata apa-apa bukti menunjukkan keharusan wanita keluar untuk bekerja. Di dalam hal ini Zubair ketika itu sedang sibuk berjihad untuk mengembangkan syiar Islam dan beliau tidak mampu mengupah pembantu untuk melakukan kerjanya. Dan dari satu sudut dapat dilihat bahawa Asmak walaupun bekerja dia tidak pernah mengabaikan urusan-urusan rumahtangga seperti yang diriwayatkan oleh Muslim didalam hadis yang sama .(آنت أخدم الزبير خدمة البيت) Dan di dalam hal ini juga zubair telah memberi keizinan kepada isterinya untuk keluar bekerja.



Dalam menongkah arus kehidupan di era ini yang serba kompleks serta menuntut kepada banyak tuntutan kehidupan yang segalanya perlu dibayar dengan wang ringgit. Oleh yang demikian kerjasama antara suami isteri amatlah digalakkan demi menjamin kehidupan yang berkualiti. Kerjasama isteri dalam menjana ekonomi rumahtangga demi membantu suami merupakan lumrah kehidupan masa kini. Dan ia merupakan suatu desakan hidup memandangkan taraf kehidupan pada masa kini yang semakin meningkat, dengan urusan persekolahan anak-anak, hutang rumah, kereta dan segala macam lagi bil-bil yang perlu dilunaskan menuntut isteri keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami. Akan tetapi, suami hendaklah mendapat persetujuan dari pihak isteri untuk membantunya. Daripada pembincangan di atas jelas menunjukkan bahawa dalam situasi tersebut diharuskan wanita keluar bekerja asal sahaja mereka dapat mematuhi peraturan- peraturan berikut:

1. Situasi yang mendesak wanita keluar bekerja.

2. Niat untuk mendapatkan rezki yang halal dan mendapat keredhaan Allah.

3. Mendapat keizinan suami atau wali.

4. Janganlah pekerjaan atau tugasnya itu mengabaikan kewajipan-kewajipan lain yang tidak boleh diabaikan seperti kewajipan terhadap suami dan ank-anaknya yang merupakan kewajipan pertama dan tugas utamanya.



5. Pekerjaan itu tidak bertentangan dengan syarak.

6. Menutup aurat dan memenuhi adab wanita muslimah ketika keluar rumah, dalam berpakaian, berjalan, berbicara, dan melakukan gerak-geri.

7. Mengimbangi antara tugas di rumah dan di tempat kerja.

Setelah membicarakan hak bekerja bagi isteri dan keharusannya untuk keluar bekerja untuk membantu meringankan beban suami, maka tidak wajarlah bagi suami melimpahkan tanggungjawabnya kepada isteri seperti tidak mahu lagi memikul beban keluarga baik dalam urusan memimpin mahupun membelanjai keluarga. Ia menjadikan suami lelaki yang tidak bertanggungjawab, dengan menyuruh isterinya bekerja mencari nafkah, mengurus pendidikan anak, mengatur rumahtangga sekaligus juga melayani dirinya. Suami sebegini telah melanggar ketetapan yang telah digariskan Allah dan Rasul-Nya. Rasulullah s.a.w pernah menyampaikan peringatan bahawa satu kaum, termasuk di dalamnya suami, tidak akan memperoleh kejayaan bila menjadikan wanita, termasuk di dalamnya isteri sebagai pemimpin. Sabda Rasulullah s.a.w:

عن أبي بكرة قال: قال رسول االله صلى االله عليه وسلم: لن يفلح قوم ولوا أمرهم امرأة

Dari Abu Bakrah bahawa Rasulullah s.a.w bersabda:”suatu kaum tidak akan beruntung kerana mereka menyerahkan urusan-urusan mereka kepada wanita”. (H.R Bukhary, Tarmizi dan Nasa’i).



Jika seorang isteri yang suaminya membebaninya untuk memimpin rumahtangga dan memikul tanggungjawab mencari nafkah bagi keluarganya hendaklah mengambil langkah-langkah berikut, antaranya mengingatkan dan menasihati suaminya agar menyedari fungsinya sebagai pemimpin dan pencari nafkah bagi keluarganya. Jika tidak minta bantuan orang ketiga untuk menasihatinya akan tanggungjawabnya memimpin dan memikul beban keluarga. Jika tidak berjaya minta bantuan mahkamah syariah untuk menasihatinya dan jalan yang terakhir jika suami tidak mengendahkannya adalah dengan memohon cerai yang dipandang sebagai jalan terakhir dan terbaik untuk dirinya dan anak-anak.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 455,260 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Artikel Lain

Tinggalkan Komen