Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: tantrinamirah

Setahun Lebih Cincin Bertunang Simpan Sendiri Tanpa Sedar...Sangat Sweet Cerita Ini.

 

Kreatif dan romantik! Apa perasaan anda agaknya apabila menerima lamaran daripada si dia dan cincin pertunangan sudahpun berada dalam tangan anda tanpa disedari? Pasti anda akan berasa terkejut dan sangat teruja, bukan? Lelaki dari Australia ini sangat kreatif dan sabar orangnya kerana lebih setahun dia menyembunyikan cincin pertunangan di dalam seutas rantai dipakai teman wanitanya. Hampir dua tahun Terry menyimpan rahsia dan selama itu jugalah Anna memakai rantai berkenaan tanpa mengesyaki apa-apa. Tiba sahaja hari bersejarah di mana Anna dilamar Terry, wanita itu terkejut bukan kepalang apabila Terry menunjukkan di mana dia menyimpan cincin pertunangannya membuatkan Anna sangat terkejut, namun dia bersyukur kerana tidak hilangkan rantai itu. Lebih dua tahun pasangan itu menjalin hubungan dan Terry mendapat idea kreatif itu selepas hampir setahun perkenalan mereka. Terry memutuskan untuk menghadiahkan Anna seutas rantai dengan loket dari kayu pain Tasmania buatannya sendiri pada ulang tahun pertama perkenalan mereka, pada 2015.

Pada November 2016, Terry membawa Anna ke Gua Smoo di Scotland, di mana dia kemudiannya melamar kekasihnya itu. Ironinya, smoo bermaksud 'tempat bersembunyi' dalam bahasa Old Norse. Ketika itulah Terry membuka loket berkenaan dengan menggunakan pisau. Lebih mengharukan, Terry mengabdikan momen tersebut dalam sebuah video montaj. Fuh! Mujur tak hilang. Kalau tak, sia-sia saja semua usaha Terry selama ini. Cincin tu pula mestilah bukan murah harganya, bukan? Semoga mereka kekal bahagia bersama.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Kepada sahabat-sahabat yang masih menanti jodoh, memang benar jodoh dan pertemuan itu sudah tertulis. Namun, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda sebenarnya buntu di mana haruskah untuk mencari, dan bagaimana. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 90,739 orang calon sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai juga yang berjaya menemui jodoh. Siapa yang sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh di Baituljannah.com. Jangan bertangguh lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google