Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: 500px

Social Climber, Penyakit Jiwa Bagi Orang Miskin Yang Nak Nampak Kaya Di Media Sosial.

 

Pasti korang semua mempunyai segelintir rakan-rakan yang suka mempamerkan barangan berharga di media sosial. Kadang-kadang sampai naik lemas bila terpaksa melihat gaya show off mereka tu.

Mana tidaknya, setiap kali beli beg tangan baru akan di update di instagram, beli sepatu baru up juga di Facebook, malah saat lalu depan hotel mewah pun masih ada yang sempat untuk check in dan mengambil gambar seolah-olah mereka menginap di sana.

Lebih parah lagi, apa yang ditunjukkan di dalam media sosial itu tidak sama dengan kehidupan realiti mereka. Barangan mewah dan kehidupan glamor yang di pamer dalam media sosial hanya sekadar ingin menunjuk-nunjuk dan sebenarnya mereka bukanlah berasal daripada keluarga berada, sebaliknya hanya orang kebanyakan.

Penafian iklan tajaan Google


Penyakit Jiwa Social Climber.

Korang pernah dengar istilah SOCIAL CLIMBER? Ya, apa yang dimaksudkan dengan istilah ini adalah perilaku seseorang yang dilakukan untuk meningkatkan status sosial mereka. Individu ini akan melakukan apa sahaja semata-mata untuk meningkatkan tahap status sosial mereka daripada kehidupan yang sebenarnya. Biasanya, individu SOCIAL CLIMBER ini cenderung untuk sentiasa merasa tidak tenang, hilang kepercayaan diri dan bimbang jika dirinya tidak dapat diterima oleh orang lain jika dia tidak tampil bergaya mewah. Oleh kerana itu, mereka akan melakukan apa sahaja untuk menonjolkan kehidupan yang senang walaupun terpaksa berbohong. Golongan-golongan seperti ini akan merasa tidak keruan apabila mereka tidak dapat menggayakan barangan daripada jenama-jenama terkemuka dunia dan hal ini juga boleh dikategorikan sebagai salah satu penyakit jiwa.

Penafian iklan tajaan Google


5 Tanda-tanda bahawa korang seorang SOCIAL CLIMBER.

1. ‘Melumuri’ seluruh kehidupan korang dengan barangan daripada jenama-jenama terkenal dari kepala sehingga hujung kaki.

2. Sering memuat naik gambar percutian mewah.

3. Dahagakan pujian dan perhatian daripada individu lain. Kononnya ingin dijadikan sebagai sumber inspirasi di atas kemewahan yang dikongsi.

Penafian iklan tajaan Google


4. Menghadiri segala social event dengan tujuan ingin menonjolkan diri. Pada waktu ni, pelbagai fesyen yang korang akan nampak kerana masing-masing ingin menunjukkan siapa lebih bergaya dan menawan.

5. A yes person. Ada sesiapa yang boleh tolong organize kan makan malam untuk gathering kolej kita nanti? Yes! Ada sesiapa yang boleh jadi pengapit pengantin aku nanti? For sure, I ok je.

Ini adalah antara situasi-situasi yang korang boleh lihat dengan jelas bagaimana si pelaku SOCIAL CLIMBER menunjukkan perangai sebenar mereka. Mereka ini adalah golongan yang gemar menonjol dan sudah tentu SOCIAL CLIMBER ini merupakan satu penyakit jiwa yang sangat merbahaya jika tidak dikawal. Ada yang sanggup melakukan perkara-perkara negatif semata-mata ingin hidup mewah. Menjadi orang kaya memang tidak ada salahnya, tetapi persoalannya adakah benar hasil kekayaan yang dikongsi di laman sosial itu benar atau hanya pura-pura? Buat apa nak nampak mewah hanya untuk dibanggakan kepada orang lain. Tampil seadanya dan tidak perlu membohongi diri adalah cara untuk hidup lebih tenang.

Penafian iklan tajaan Google

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 265,476 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google
Penafian iklan tajaan Google