Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: matahatigraphy

First Time Nak Keluar Dengan Calon Jodoh. Nak Pakai Pakaian Macam Mana Ni?

 

Setiap orang pasti rasa berdebar-debar dan tak menentu bila nak keluar, apatah lagi jika kali pertama. Biasanya, anda akan berfikir tentang pakaian apa yang harus dipakai kerana baik lelaki mahupun wanita, kedua-duanya mahu tampil cantik, kacak, kemas dan bergaya. Namun demikian, dek kerana keghairahan untuk tampil menarik di mata si dia, acapkali anda tampil terlebih-lebih pula. Ada kalanya, pakaian yang dipakai tidak selesa menyebabkan anda terasa tidak selesa sepanjang date tersebut. Jadi, apakah yang patut anda pakai ketika keluar dating?

Penafian iklan tajaan Google


Sebelum itu, ini dua ‘larangan’ ketika ingin bersiap untuk dating:

Pakaian jangan over.

Semasa hendak keluar dating, hati-hati dengan pemilihan pakaian yang anda pakai. Adakah anda ingin pakai pakaian ala-ala hip hop, funky, geek, tradisional, kpop? Sudah cukup sekiranya kita memakai pakaian yang ringkas dan nampak kemas. Pakaian yang dipakai itu tidak perlu terlalu over dan tidak terlalu selekeh.

Jangan memilih pakaian yang seperti keluar dari almarinya.

Apa maksudnya? Lelaki sukakan pakaian yang kelihatan feminin, flirty – jenis kain renda, floral, kain lembut. Mereka tidak mahu anda memakai pakaian yang terlalu konservatif seperti army jacket ataupun jenis yang baggy, fesyen yang agak kelakian. Hari ini kami ingin bawakan anda beberapa tips fesyen dalam menggayakan jam tangan pilihan, adakah jam tangan tersebut sesuai dengan gaya kasual, formal, klasik dan paling penting adakah ia bersesuaian dengan outfit pilihan harian. Kalau betul dress yang dipakai bersama jam tangan pilihan maka anda sudah cukup sempurna untuk berjumpa dengannya. Jadi, kami sediakan 4 idea flat lay untuk anda bergaya sakan ketika dating, tidak kisahlah gaya kasual mahupun formal, kami berikan kepada anda.

Penafian iklan tajaan Google


1. Sporty.

Untuk gaya sporty, memadai anda mengenakan t-shirt bersama tight ataupun tracksuit. Gaya ini sesuai untuk yang jenis suka lakukan aktiviti lasak seperti berbasikal, memanjat gunung dan sebagainya. Untuk pemilihan jam tangan, semestinya jam tangan dengan tali yang tahan lasak, perincian yang tidak mengelirukan dan juga pemilihan warna senada seperti biru pekat, hitam, kelabu – sesuai dengan imej lasak anda.

2. Kasual.

Idea kami ialah sesuaikan pakaian anda dengan aktiviti percutian sebagai contoh road trips, t-shirt dan sandal adalah yang terbaik. Penampilan sebegini buat anda lebih selesa juga menarik bersama aksesori kaca mata dan selendang bercorak lembut. Untuk jam tangan pula, dengan sedikit perincian untuk memberikan imej girly ke dalam fesyen anda, jam tangan anda melambangkan keperibadian anda!

Penafian iklan tajaan Google


3. Formal.

Untuk gaya ini, paduan blazer bersama seluar panjang atau pencil skirts sesuai untuk acara formal atau sekadar hangout bersama rakan-rakan, maxi dress atau split dress untuk penampilan semi formal. Jam tangan unisex menjadi pilihan hari ini, dan wanita dengan semangat cenderung untuk memilih jam tangan jenis ini. Ianya membangkitkan rasa keyakinan dan kekuatan dalam penampilan anda, bahkan anda kelihatan benar-benar sempurna dengan jam tangan ini.

4. Klasik vintaj.

Pilihan kami ialah little black dress (LBD). Kenapa? LBD boleh dipakai baik pada siang hari atau malam hari, malah fesyen ini sering dikategorikan sebagai item fesyen yang paling klasik dan timeless. Seperti kata Karl Lagerfeld, “One is never over-dressed with a Little Black Dress.” Jika anda lebih ke arah fesyen klasik, jam tangan tradisional dikelilingi batu permata berlian ini benar-benar sesuai untuk anda. Lebih-lebih lagi jam tangan rona emas menampakkan ciri-ciri sofistikated yang diidam setiap wanita.

Penafian iklan tajaan Google

 

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 265,476 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google
Penafian iklan tajaan Google