Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: instagram

10 Kata-Kata Yang Ingin Didengari Teman Lelaki Anda.

 

Biasanya kita lihat wanita ini lebih mudah untuk dipujuk serta kelihatan tersenyum dalam apa juga kelakuan pasangannya. Hal ini kerana wanita ini dikatakan lebih terbuka untuk menunjukkan perasaan mereka. Manakala lelaki ini pula, lebih tersembunyi apa yang mereka inginkan. Sebab itu kalau mereka ini inginkan pujian daripada pasangan mereka ini juga pasti akan malu dan teragak-agak.

Jadi sebagai pasangan yang baik, serta untuk membuat mereka ini rasa difahami. Anda sebagai teman wanitanya mahupun isterinya boleh gunakan 10 kata-kata ini untuk pikat hati mereka. Buat mereka yang masih dalam tempoh perkenalan juga boleh turut cuba ye.

Penafian iklan tajaan Google


1. Walaupun lelaki ini diam, tapi mereka ini ingin dipuji. “Sesuai gaya baju ini dengan awak, nanti pakai lah macam ini lagi.”

2. "Terima kasih, terima kasih atas semuanya. Saya tidak tahu macam mana kalau saya tidak ada awak." Cara mudah untuk mengharagi pasangan dan kelihatan lebih bermakna.

3. Memberi dirinya kata-kata pengiktirafan, pasti dia suka mendengarnya. “Kenalkan teman lelaki saya.”

4. “Awak rasa apa yang perlu saya lakukan dalam hal ini.” Lelaki suka jika anda mengutamakan dirinya dalam melakukan keputusan.

5. Apabila dirinya dalam kesusahan pasti anda akan cuba untuk tenangkan dirinya. “Tenang sahaja, semuanya akan baik-baik sahaja, saya aka nada di sini untuk menyokong awak.”

6. Tiba-tiba kata “saya rindukan awak” Walaupun ia kelihatan mudah tapi ia disukai oleh orang lelaki ini.

7. Jika pasangan anda kuat merokok mungkin anda boleh cuba kata-kata seperti ini. “Saya sayangkan awak, saya nak hidup dengan awak sampai akhir hayat, jadi kurang-kurangkan lah merokok tuh.”
Penafian iklan tajaan Google


8. Perhatian kecil anda juga akan menjadikan dia bukan sahaja bahagia tetapi juga lebih bersemangat. "Awak sibuk, aktiviti awak banyak? Jangan lupa makan dan jaga kesihatan ye!”

9. Walaupun anda mampu untuk melakukannya sendiri tetapi tidak salah jika anda minta pertolongannya. Ia akan membuat dirinya rasa diperlukan. “Boleh tolong saya tak?”

10. Berlaku jujur dengan dirinya, jangan sembunyikan sesuatu dengan berkata “Saya tidak ada apa-apa.” Pasti dirinya akan serba salah dan mula ragu-ragu dengan anda.

Kesimpulannya, mudah sahaja untuk memikat hati seorang lelaki ini. Bila anda lakukan seperti ini pasti pasangan anda akan ingin bertahan lama dengan anda. Hal ini kerana, kata-kata seperti ini menenangkan serta membuatnya tersenyum.
Penafian iklan tajaan Google


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 285,106 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google
Penafian iklan tajaan Google