Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: riverflowstory

Anjurkan Majlis Kahwin Dengan Bajet RM5000 Je.

 

Majlis perkahwin sepatutnya dilakukan untuk tunjukkan rasa syukur dengan rezeki pernikahan ini. Ia juga bertujuan untuk kongsi kegembiraan pasangan pengantin dan menutup pintu-pintu fitnah yang mungkin datang jika pernikahan itu tak diwar-warkan. Hari ini, ramai anak muda yang nak berkahwin dan mereka sudah mampu dari segi fizikal, kematangan, dan kewangan. Cuma kemampuan kewangan mereka tidaklah sampai bermewah-mewah. Cukuplah untuk sekadar hidup seadanya. Tapi bila disuarakan niat nak berkahwin, bermacam halangan yang datang. Antara masalah yang selalu dihadapi adalah kos majlis perkahwinan yang tinggi, sedangkan Rasulullah SAW pernah bersabda;

'Anjurkan walimah (kenduri kahwin) sekali pun dengan seekor kambing.' (HR Bukhari).

Sebenarnya tak susah nak anjurkan majlis dengan kos yang murah. Tak perlu belanja sampai berpuluh ribu pun, asalkan hubungan sudah halal dan majlis dah diadakan. Macam mana caranya? Jom ikuti tips bajet kami!

Penafian iklan tajaan Google


1. Mas kahwin.

Dalam Islam, sebenarnya tak ada garis minima untuk nilai mas kahwin. Cuma ia sepatutnya selari dengan kemampuan pengantin lelaki. Sebaiknya kedua-dua pasangan harus berbincang hingga setuju dengan satu nilai yang tak membebankan mana-mana pihak. Namun di Malaysia, setiap negeri ada letakkan nilai minima yang berlainan. Kebanyakan negeri meletakkan kadar minima pada harga RM80. Untuk tujuan bajet ini, kami letakkan nilai mas kahwin sebanyak RM100.

2. Cincin.

Kalau belum mampu, tak perlu beli cincin yang mahal pun. Cukuplah beli cincin suasa yang berharga dalam lingkungan RM200. Harga untuk sepasangan cincin untuk lelaki dan perempuan pula akan jadi RM400.

Penafian iklan tajaan Google


3. Baju.

Kalau pandai membeli, anda pasti boleh jumpa baju berona lembut dengan potongan yang cantik pada harga RM200-RM250. Baju lelaki pula banyak yang berkualiti dan boleh didapati pada harga bawah RM150. Kalau anda mahu persalinan yang tampak lebih 'meriah', boleh sewa saja baju tersebut di butik-butik pengantin atau orang-orang persendirian pada harga yang sama; RM400.

4. Solekan.

Walaupun rata-rata harga jurusolek zaman sekarang semakin tinggi, tapi masih ramai jurusolek yang tawarkan servis ini pada harga bermula RM150 lebih-lebih lagi jika mereka baru mula berkecimpung dalam bidang solekan. Jadi di sini, kami letakkan bajet solekan sebanyak RM200. Tapi kalau anda ada kawan yang pandai bersolek atau anda sendiri yakin untuk 'conteng' muka sendiri, lebih banyak wang yang boleh jimat disini!

5. Makanan.

Percaya atau tak, masih ada khidmat katering yang menawarkan harga serendah RM6 satu kepada untuk menyediakan makanan untuk majlis perkahwinan. Tapi selalunya pihak katering akan letakkan syarat minima 1000 kepala. Untuk majlis perkahwinan yang bajet, kami anggarkan anda jemput 300 orang yang terdekat saja. Bajet satu kepala pula naik kepada RM8. Jadi RM8 x 300 = RM2400

Penafian iklan tajaan Google


6. Kad jemputan.

Kalau nak jemput 300 orang, kad undangan yang dihantar mestilah kurang dari 300 kan? Mungkin separuh atau sekitar 200 kad saja yang akan dicetak. Jadi kos keseluruhan untuk 200 kad yang dicetak pada harga RM0.80 setiap satu akan jadi RM160 saja!

7. Jurugambar.

Jurugambar pun selalunya merupakan antara salah satu perkara yang menelan bajet yang besar. Mana taknya, majlis sekali seumur hidup, mestilah nak diabadikan sebaik mungkin. Sebenarnya masih ada anak muda juga yang menawarkan servis ini pada harga serendah RM500 untuk 'shoot and burn' saja. Tapi bila ditambah 'editing' dan album, lain pula harganya. Untuk majlis anda, kami cadangkan bajet jurugambar diletakkan pada harga RM800.

8. Doorgift.

Macam-macam yang boleh anda beri pada tetamu pada kos yang rendah. Contohnya bahulu, pek makanan ringan, ataupun cetakan surah-surah lazim semuanya boleh didapati pada RM1 saja. Jadi RM1 x 300 = RM300 saja!

Penafian iklan tajaan Google


9. Pelamin.

Item yang terakhir ini paling kurang kepentingannya tapi boleh juga dimasukkan kalau anda tetap mahukannya. Untuk majlis yang ringkas, kami cadangkan anda buat sendiri pelamin yang nampak 'simple' tapi menarik. Gunakan sofa, meja-meja kecil, vas dan kain langsir yang sedia ada. Cuma keluarkan bajet kecil , mungkin sekitar RM200, untuk sewa peralatan yang kurang atau untuk beli bunga buat perhiasan di pelamin ini. Anda juga boleh gunakan peluang ini untuk tunjukkan sisi kreatif masing-masing!

Dah selesai! Kini anda berdua dah halal, majlis pun dah jalan, dan tak perlu pening-pening lagi. Selamat mulakan hidup baru!

Penafian iklan tajaan Google

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 285,106 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google
Penafian iklan tajaan Google