Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: instagram

Cinta Tidak Pernah Berubah, Manusia Yang Berubah.

 

Apabila putus cinta, pasti kita sering dengar ungkapan ini “Aku serik nak bercinta”, apakah salah cinta, sehingga anda sanggup serik untuk bercinta? Cinta itu adalah perasaan yang diberi oleh Allah SWT dan ianya sangat suci. Apabila anda merasakan tiada lagi cinta dalam hati, ia adalah perasaan anda yang berbolak balik, bukan cinta yang berubah.

Penafian iklan tajaan Google


CINTA TIDAK PERNAH BERUBAH.

Bagaimana anda mencintai ibu bapa, adik-beradik malah haiwan peliharaan semuanya sama. Cuma cara penyampaian yang berbeza kerana dengan orang yang berbeza. Malah anda juga boleh akan ada perasaan cinta pada pelajaran dan pekerjaan yang anda lakukan sekarang. Cinta itu sentiasa ada.

Dalam hubungan cinta antara si uda dan si dara, cinta juga tidak pernah berubah. Cinta juga tidak lah buta. Cuma cinta itu adalah ajaib. Kerana cinta boleh mengubah subjeknya antara menjadi lebih baik atau tidak baik sahaja.

Jadi, sekiranya anda berputus cinta, jangan la kita terus menyalahkan cinta. Cinta tidak mempermainkan perasaan manusia. Manusia yang mempermainkan hati manusia yang lain. Manusia yang mudah berubah perasaannya. Apa yang terjadi pada manusia ketika putus cinta adalah, perasaan yang terlalu kecewa. Situasi sebegini memerlukan masa untuk bertenang sahaja.

Penafian iklan tajaan Google


CINTA TIDAK SEMESTINYA MEMILIKI, TETAPI….

Ungkapan ini sering juga menjadi kata-kata hikmah pada orang ramai. Namun tahukah anda disebalik kata-kata ini? Adakah kita sebagai manusia tidak boleh mencintai insan lain dan memilikinya untuk dijadikan teman hidup dan mati? Kerana itu cari lah cinta Ilahi terdahulu. Jika mahu mencintai dan memiliki, redha lah dengan ketentuan Allah. Cari Allah. Insya Allah dipertemukan dengan cinta yang anda mahu miliki.

Oleh sebab itu apabila kita terlalu bergantung harap pada manusia, kita akan kecewa. Tetapi apabila kita bergantung harap pada Allah, Insya Allah akan dipermudahkan jalan. Itu lah risikonya apabila terlalu mencintai seseorang bukan kerana Ilahi. Sukar untuk memiliki.

Malah apabila anda terlalu berharap pada fizikal dan luaran seseorang yakni ia hanyalah sementara, sudah pasti anda kecewa juga. Haraplah pada Allah, kerana Allah itu kekal selamanya dan anda akan tidak kcewa.

Penafian iklan tajaan Google

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 285,112 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google
Penafian iklan tajaan Google