Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: instagram

‘Trick’ Agar Si Dia Rindukan Anda Selalu.

 

Siapa yang tidak suka apabila ada seseorang yang sentiasa merindui kita bukan? Perasaan rindu itu yang membuat dirinya semakin terikat dan tertarik dengan anda. Walaupun anda tidak membalas atau menghantar mesej kepadanya, ia pasti akan resah dan gelisah menunggu diri anda. Tapi bagaimana hendak lakukan perkara sebegitu? Mari ketahuinya.

Penafian iklan tajaan Google


1. Mesej yang singkat tetapi romantik.

Waktu yang tepat untuk memberi mesej yang romantik ini adalah pada waktu malam sebelum tidur ataupun pada waktu pagi selepas bangun tidur. Hal ini kerana, waktu pagi ia akan membuatkan dirinya memikirkan anda terlebih dahulu sebelum orang lain. Manakala, pada waktu malam ia akan membuatkan anda menjadi orang terakhir di fikirannya. Haa kan romantik.

2. Kirim sesuatu pada ketika dirinya sedang bekerja.

Ketika dirinya sedang leka, cuba berikan sesuatu pada ketika itu. Sebagai contoh satu kiriman mesej rindu ataupun anda mengirimkan makanan untuknya. Ia pasti akan mula senyum dan membayangkan diri anda. Bukan hanya itu sahaja, ia akan rasa tidak sabar untuk berjumpa dengan anda.

3. Jangan kerap menghubungi dahulu.

Apabila anda ingin tahu jika dia terlalu merindui anda atupun tidak, dia pasti tidak akan hanya menunggu panggila atau kiriman mesej daripada anda. Dia pasti akan menghubungi anda terlebih dahulu. Mana tidaknya, dia pasti risau sekiranya anda diam tanpa berita dalam masa satu hari.
Penafian iklan tajaan Google


4. Cuba habiskan masa dengan rakan-rakan.

Mungkin anda juga kan merindui dirinya, tetapi anda ingin mengawal diri anda untuk membuat dirinya berasa rimas. Maka dengan itu, boleh lah menghabiskan masa yang terluang bersama-sama rakan anda. Tetapi jangan lupa untuk memberitahu dirinya bahawa anda sibuk pada waktu itu, jika tidak ia pasti marah anda mengabaikannya kerana rakan-rakan anda.

5. Selitkan nota-nota ringkas.

Apabila kalian terlalu sibuk sehingga tiada masa untuk makan bersama, maka lebih baik anda lakukan sesuatu yang membuat dirinya mengingati anda. Apa kata anda cuba untuk menyelitkan nota-nota ringkas untuknya. Sebagai contoh selitkan di buku peribadinya, ataupun di dalam kereta. Pastikan ia kelihatan ringkas tetapi romantik.

Tidak susah untuk membuat si dia berasa rindu terhadap anda jika dia benar-benar sayang akan anda. Tetapi ia akan menjadi sukar apabila anda tidak mampu menahan rindu.
Penafian iklan tajaan Google


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 265,476 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google
Penafian iklan tajaan Google