Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: instagram

Sebab-Sebab Hubungan Yang Dibina Menjadi Renggang.

 

Apabila bercinta ini tidak semua yang indah-indah sahaja yang akan dilalui. Sudah tentulah kadang kala akan rasa sedikit gangguan yang akan membantu anda dan pasangan semakin mengenali antara satu lain. Itu belum lagi hubungan yang lama dibina itu menjadi renggang secara tiba-tiba. Sudah pasti masing-masing akan cuba mencari dimana silapnya dan cuba memperbaiki hubungan tersebut. Berikut terdapat beberapa perkara yang menyebabkan satu hubungan itu menjadi renggang.

Penafian iklan tajaan Google


1. Hubungan jarak jauh.

Apabila anda dan dirinya melalui hubungan seperti ini, jangan mudah untuk berputus asa. Pada awalnya hubungan jarak jauh ini akan merenggangkan hubungan anda. Tetapi apabila anda sudah biasa dengan hubungan tersebut, anda tiada masalah untuk kekal mesra bersama pasangan anda.

2. Selalu mengungkit.

Tidak salah sekiranya mengungkit kebaikan demi menjaga hubungan. Tetapi yang salahnya apabila anda cuba mengungkit keburukan dan kelemahan pasangan anda. Ia akan membuat dirinya berasa terkecil hati lalu membuatkan dirinya menjauhkan diri daripada anda. Maka dengan itu, cuba untuk elakkan diri daripada mengungkit mengenai pasangan anda.

3. Terlalu berkira dalam hubungan.

Apabila menjalinkan hubungan ini, ia bermakna terdapat perkongsian hidup anda dan dirinya. Jangan pernah berkira dengan apa yang anda lakukan untuk pasangan anda. Kalau boleh cuba untuk elakkan mengambil tahu berapa banyak perkara yang anda telah berkorban untuk dirinya.
Penafian iklan tajaan Google


4. Hubungan yang tersepit.

Tidak semua hubungan mampu berjalin dengan baik. Boleh jadi juga pasangan anda tersepit untuk memilih antara anda atau keluarganya. Itu yang menyebabkan dirinya menjauhkan diri daripada anda. Cuba memberikan dirinya masa untuk membuat keputusan yang baik.

5. Mempunyai masalah peribadi.

Apabila salah seorang mempunyai masalah peribadi dan tidak bersedia untuk berkongsi, mereka lebih memilih untuk menjauhkan diri daripada pasangan berbanding untuk mendekati mereka. Maka dengan itu cuba untuk memahami pasangan dan jangan menuduhnya tanpa usul periksa.

Hubungan yang renggang ini boleh menyebabkan hubungan yang dibina itu akan terputus begitu sahaja, sekiranya tiada yang berusaha untuk menyelamtkan hubungan. Maka cuba jalinkan kembali hubungan yang mesra sekiranya anda merasakan hubungan anda dengannya telah renggang.
Penafian iklan tajaan Google

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 285,106 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google
Penafian iklan tajaan Google