Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: instagram

Tanda-Tanda Teman Lelaki Anda Tidak Matang.

 

Untuk mengetahui teman lelaki anda masih dengan sikap kebudak-budakan atau matang, jom baca tanda-tanda yang anda boleh lihat, di bawah!

1. Si dia malas untuk membalas whatsapp anda.

Tahun 2018, dengan teknologi berkembang pesat, tiada guna jika si dia memiliki telefon bimbit tetapi malas untuk membalas whatsapp. Jika si dia masih boleh bermain game di telefon bimbit dengan masa yang lama, tetapi untuk membalas whatsapp anda sesaat pun malas? Hmm..

Penafian iklan tajaan Google


2. Si dia tidak mahu berbual dengan anda.

Sama juga seperti di atas, si dia seperti tidak suka berkomunikasi dengan anda. Ada sahaja alasan seperti tiada topik untuk di bualkan atau mahu fokus pada sesuatu perkara. Jika ada konflik di antara kalian berdua, si dia pasti tidak mahu membincangkan masalah tersebut.

3. Si dia tidak mahu anda berkenalan dengan rakan mereka.

Si dia pasti akan mengasingkan anda dengan rakan-rakan mereka. Alasannya, tidak mahu anda berasa rimas. Tetapi, jika dengan sahabat baik pun si dia tidak mahu anda berkenalan dengan mereka? Hmmm.

Penafian iklan tajaan Google


4. Si dia seperti tidak mengenali anda.

Apabila anda terserempak dengan si dia di mana-mana majlis, pasti si dia seperti berpura-pura tidak mengenali anda. Dan pergi ke tempat yang lebih jauh dan terpencil supaya anda tidak dapat mencari kelibat mereka.

5. Si dia hanya menghubungi anda ketika memerlukan kehadiran anda sahaja.

Secara tiba-tiba pada 2 atau 3 pagi, si dia menghubungi anda bahawa kereta mereka rosak atau pelbagai alasan diberikan supaya anda mampu untuk menolong mereka. Tetapi jika anda tidak dapat menolong mereka ketika itu, pasti si dia akan mengungkit kisah itu sampai bila-bila.

6. Si dia sentiasa dengan alasan.

Ada sahaja alasan untuk tidak mahu berjumpa, walaupun bersama rakan-rakan.

Penafian iklan tajaan Google


7. Si dia tidak jujur.

Sudah lah dengan alasan, kemudian sering pula tidak jujur, pasti ada sesuatu yang tidak kena pada teman lelaki anda, bukan?

8. Si dia tidak mahu menetapkan status kalian.

Lelaki yang gentleman pasti tahu anda siapa di sisi mereka. “Ini, bakal isteri saya” atau “Ini, teman wanita saya”. Jika lelaki yang tidak matang “Hmm, kawan kot, baru nak berkenalan ni”, jawapan yang tidak pasti?

9. Si dia tidak mengaku salah.

Bukan sahaja tidak mengaku kesalahan sendiri, malah si dia sering menganggap ia adalah kesalahan anda, dan mahu anda sendiri sahaja yang menguruskan masalah tersebut.

Penafian iklan tajaan Google


Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 248,933 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google
Penafian iklan tajaan Google