Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: camiledi.ru

4 Penghulu Wanita Di Dunia Yang Seharusnya Menjadi Idola Setiap Wanita Muslimah.

 

Di sebalik seorang lelaki kafir dan mengaku Tuhan ada seorang isteri yang solehah. Terdapat empat wanita yang diceritakan dalam sejarah Islam dan banyak diceritakan dalam kitab suci Al-Quran. Empat wanita ini ialah empat Muslimah yang juga segala penghulu wanita di dunia. Mereka adalah Asiah binti Muzahim, isteri Firaun; Maryam binti Imran, ibu Nabi Isa; Khadijah binti Khuwailid, isteri Rasulullah SAW; dan Fatimah binti Rasulullah.

Penafian iklan tajaan Google


1. ASIAH.

Merupakan wanita teladan dan salah satu wanita yang mendapat kemulian daripada Allah SWT. Walaupun suami Asiah adalah seorang kafir, bengis, menimbulkan banyak kemusnahan di dunia dan mengaku dirinya sebagai Tuhan, namun Asiah tetap istiqamah. Asiah pernah meminta kepada Allah, "Ya Allah! Di dunia aku tidak merasakan rumah tangga yang damai, di dunia aku tidak mendapatkan kasih sayang seorang suami yang baik, di dunia aku tidak merasakan keutuhan rumah tangga. Maka bangunkanlah untukku Ya Allah, di syurga nanti sebuah rumah di sisi-Mu."

Penafian iklan tajaan Google


2. MARYAM.

Maryam mendapatkan kemuliaan yang berbeza dengan wanita-wanita lain kerana dengan izin-Nya, Maryam melahirkan seorang anak bernama Isa tanpa seorang ayah yang menghamilinya. Maryam diejek kerana melahirkan Isa tanpa seorang ayah. Dari kejadian ini dapat disimpulkan bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu dan ia tidak mustahil bagi Allah. Dari hadis riwayat Ali bin Abu Thalib RA,

"Saya pernah mendengar Rasulullah SAW bersabda: Sebaik-baik wanita ialah Maryam binti Imran dan sebaik-baik wanita ialah Khadijah binti Khuwailid."

3. SITI KHADIJAH.

Tentu saja semua isteri Rasulullah adalah wanita yang baik kerana baginda adalah orang yang sangat mulia dan baik akhlaknya. Tapi SIti Khadijah adalah orang pertama yang menerima dakwah setelah Rasulullah menerima wahyu yang pertama iaitu Al-Alaq ayat 1-5. Siti Khadijah adalah wanita yang sentiasa mendukung dakwah suaminya. Wanita yang menjadi ummul mukminin atau orang yang pertama memeluk Islam. Pasangan ini juga adalah salah satu contoh rumah tangga yang mulia untuk dicontohi.

Penafian iklan tajaan Google


4. FATIMAH.

Seorang yang sangat cantik dan merupakan isteri kepada sahabat Nabi, Ali bin Abi Thalib RA. Anakanda Rasulullah ini juga sangat disayangi oleh bapanya dan pernah membantu baginda ketika cedera dalam Perang Uhud.

Dari hadis riwayat Sahal bin Sa'ad RA:

"Bahawa dia ditanya tentang luka Rasulullah SAW dalam Perang Uhud, Sahal menjawab... Wajah Rasulullah terluka, gigi seri baginda patah serta topi perangnya hancur. Fatimah lalu membersihkan darah bapanya sementara Ali bin Abu Thalib menuangkan air ke atas luka dengan menggunakan perisai.

Ketika Fatimah melihat air itu hanya menambah pendarahan, dia lalu mengambil sepotong tikar dan membakarnya hingga menjadi abu. Kemudian abu itu ditempel ke atas luka baginda hingga berhenti pendarahan itu."

Penafian iklan tajaan Google

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 285,112 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google
Penafian iklan tajaan Google