Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: instagram

Lelaki Itu Pelindung Wanita Bukan Menyakiti….

 

Ada sesetengah kita takut untuk berkahwin kerana takut akan dipukul suami. Atau dengan bahasa lebih mudah ialah takut didera oleh suami. Kita berpendapat, lelaki yang memukul wanita itu adalah seorang yang dayus kerana sanggup melukai wanita yang lemah. Tapi kita sebenarnya tidak tahu maksud sebenar dayus itu serta apa hak lelaki untuk memukul wanita.

Penafian iklan tajaan Google


Hukum pukul perempuan bukanlah bererti lelaki itu dayus, tetapi sekiranya memukul itu menyebabkan luka dan berdarah ia adalah haram. Di dalam Islam, pukul yang dibenarkan ialah jika si isteri berlaku nusyuz itu pun pukulannya bersyarat. Dan ia juga merupakan salah satu usaha untuk mengembalikan keharmonian rumah tangga. Namun jika sudah memberi nasihat dan teguran masih tidak berjaya, maka pukul jika ia boleh berubah. Tetapi tidak digalakkan.

Apa yang kita tahu mengenai lelaki dayus? Lelaki dayus ini adalah lelaki yang membiarkan isteri dan anak-anak perempuannya melakukan maksiat tanpa rasa cemburu dan menegur untuk tidak melakukan maksiat.

Tapi ada juga yang beranggapan, lelaki dayus ini adalah lelaki yang takut akan isterinya. Mungkin takut di sini yang dimaksudkan ialah takut untuk menegur isteri yang melakukan maksiat atau sesuatu yang menuju ke arahnya.

Imam Az-Zahabi berkata:

فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه

Ertinya: Dayus adalah sesiapa yang menyangka (atau mendapat tanda) bahawa isterinya melakukan perkara keji (seperti zina) maka ia mengabaikannya kerana cintanya kepada isterinya , maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan (yang diperlukan oleh Islam) dalam dirinya" ( Al-Kabair, 1/62 ).

Walau bagaimanapun, jangan lah memukul wanita. Hal ini kerana wanita ini adalah insan yang lemah dan melindungi kaum ini. Sudah menjadi tugas lelaki bukan, melindungi bukan sakiti.

Penafian iklan tajaan Google


Jadi sebagai wanita, jika anda disakiti, anda berhak mendapat perlindungan seksyen 52, Akta Undang-undang Keluarga Islam Wilayah-wilayah Persekutuan memperuntukkan: “seseorang perempuan yang berkahwin mengikut Hukum Syarak adalah berhak mendapat suatu perintah untuk membubarkan perkahwinan atau untuk fasakh atas satu atau lebih daripada alasan yang berikut antaranya suami menganiayainya, iaitu antara lain lazim menyakiti atau menjadikan kehidupannya menderita disebabkan oleh kelakuan aniaya.

Kerana, seorang lelaki atau suami tidak mempunyai hak untuk memukul atau melukai anda. Lebih-lebih lagi jika anda terlibat di dalam penderaan fizikal dan mental. Ia adalah keganasan terhadap wanita yang akan menyebabkan gangguan mental dan emosi anda sendiri.

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 285,106 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google
Penafian iklan tajaan Google