Penafian iklan tajaan Google
Kredit foto: megaiskanti

Dilema Wanita 10 Malam Terakhir.

 

ADA sesetengah wanita sanggup ambil pil penahan haid demi raih ganjaran al-Qadr. NABI Muhammad SAW pada 10 terakhir Ramadhan ini meningkatkan amalan ibadah Baginda SAW dan berusaha untuk meraihnya. Baginda SAW bersabda:

'Sesiapa yang berdiri (beribadat) pada malam Lailatul Qadr dengan penuh keimanan dan mengharap balasan (daripada ALLAH), diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu.' (Riwayat Bukhari no1768, An-Nasa'ie no 2164 & Ahmad no 8222)

Penafian iklan tajaan Google


Situasi muslimat 10 akhir Ramadhan.

'Alamak! Esok dah 21 Ramadhan period saya baru mula...terlepas la Lailatul Qadr tahun ni...'

'Saya dah tiga tahun, tinggal puasa 'cuti' di akhir Ramadhan, bila la nak dapat Lailatul Qadr?'

'Kalau kita 'uzur' apa ibadat yang boleh kita buat untuk mendapatkan Lailatul Qadr?'

Serta pelbagai lagi bentuk persoalan, tetapi isu utamanya adalah: 'Bagaimanakah cara bagi wanita yang datang haid (cuti/uzur) beribadat juga peluang untuk turut meraih Lailatul Qadr?'

Penafian iklan tajaan Google


Ini bukan isu yang kecil kerana ada yang sanggup mengambil ubat penahan haid pada bulan Ramadhan kerana takut terlepas tawaran istimewa yang hanya datang setahun sekali. Sebenarnya kita tidak perlu bertindak sejauh itu, haid adalah satu natural, tabi'i bagi kaum Hawa. ALLAH Yang Maha Adil, yang mencipta kita dan memberikan sifat itu kepada kita pasti sekali tidak akan membiarkan kita kerugian dan terlepas tawaran yang begitu besar ini.

Orang yang berhadas besar seperti haid ini hanya tidak boleh melakukan ibadat puasa, solat serta membaca al-Quran (serta semua yang memerlukan wuduk). Sebagaimana sabda Rasulullah SAW:

'Bukankah wanita itu jika sedang haid dia tidak solat dan tidak berpuasa? Itulah kekurangan agamanya.' (Riwayat Bukhari)

Walaupun ALLAH memberi kita 'cuti', tidak dibolehkan puasa dan solat, namun ia tidak bererti kita tidak boleh melakukan sebarang amalan atau ibadat yang boleh menambahkan lagi pahala kita, lebih-lebih lagi pada bulan Ramadhan yang segala amalan dilipat gandakan pahalanya. Banyak lagi amalan yang dicintai oleh ALLAH dan ibadah sunnah lainnya yang dianjurkan yang dapat dilakukan di antaranya:-

Penafian iklan tajaan Google


1) Menyediakan dan memberi iftar

2) Menyediakan makanan sahur

3) Menjauhi larangan agama

4) Banyakkan berdoa dan berzikir sepanjang hari

5) Menyibukkan diri menuntut ilmu yang manfaat.

6) Banyak bersedekah dan derma

Demikianlah penjelasan daripada soalan yang diutarakan oleh Pensyarah Di Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (Kias), Datuk Dr Abdul Basit Abd Rahman mengenai wanita dan Lailatul Qadr. Sesungguhnya, ALLAH Maha Adil. Dia mendatangkan haid dan Dia juga mendatangkan hikmah di sebaliknya.

Penafian iklan tajaan Google

Anda masih belum bertemu jodoh?

Jika anda belum bertemu jodoh, adakah anda telah berusaha sebaik mungkin untuk mencari? Mungkin anda buntu di mana dan bagaimana untuk mencari. Oleh itu, DAFTAR SEKARANG di Baituljannah.com secara PERCUMA. Seramai 265,476 ORANG CALON sudah berdaftar di Baituljannah.com dan sudah ramai yang berjaya menemui jodoh. Siapa sangka, mungkin anda juga akan bertemu jodoh anda di Baituljannah.com. Jangan berlengah lagi, DAFTAR SEKARANG melalui borang di bawah ini.

 

 

Komen

Penafian iklan tajaan Google
Penafian iklan tajaan Google